Sokongan TMJ Suntik Semangat Warga Angkatan Tentera Malaysia
Angkatan Tentera Malaysia menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh...
Angkatan Tentera Malaysia menzahirkan penghargaan dan menjunjung kasih atas titah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim yang menyatakan sokongan penuh terhadap usaha memperkukuh kesiagaan pertahanan negara. Menurut ATM, kesediaan baginda memberi ruang serta kerjasama bagi pelaksanaan eksesais ketenteraan di Johor mencerminkan hubungan strategik yang kukuh antara institusi diraja, kerajaan negeri dan ATM.
ATM turut menghargai keprihatinan Pemangku Sultan Johor terhadap kebajikan veteran tentera menerusi jaminan untuk terus menyantuni golongan berkenaan. Langkah itu disifatkan mampu meningkatkan moral warga perkhidmatan selain menjadi tanda penghargaan berterusan terhadap jasa dan pengorbanan para perwira negara.
Dalam kenyataan sama, ATM menegaskan setiap operasi dan latihan dilaksanakan berlandaskan peruntukan undang-undang serta keperluan pertahanan semasa. ATM turut menekankan bahawa latihan yang konsisten dan realistik penting bagi memperkasakan kompetensi taktikal anggota demi memastikan tahap kesiapsiagaan pertahanan negara sentiasa berada pada tahap tertinggi, dengan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara kekal menjadi keutamaan utama.
Kredit gambar: Astro Awani
No Comment! Be the first one.