Harga Petrol dan Diesel Turun, Berkuat Kuasa Hingga 3 Jun
Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel bermula 28 Mei sehingga 3 Jun depan. Harga RON97 diturunkan sebanyak 20 sen kepada RM4.65 seliter berbanding RM4.85 sebelum ini,...
Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel bermula 28 Mei sehingga 3 Jun depan. Harga RON97 diturunkan sebanyak 20 sen kepada RM4.65 seliter berbanding RM4.85 sebelum ini, manakala RON95 tanpa subsidi turun 15 sen kepada RM3.92 seliter daripada RM4.07 seliter. Harga diesel di Semenanjung pula mencatat penurunan 10 sen kepada RM4.87 seliter.
Bagaimanapun, harga bahan api bersubsidi kekal tidak berubah dengan RON95 di bawah program BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter, manakala diesel bersubsidi di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal RM2.15 seliter. Harga petrol dan diesel di bawah Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) serta Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) juga masing-masing dikekalkan pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.
Menurut kementerian itu, harga minyak mentah Brent masih berada pada paras tinggi melebihi US$100 setong, dipengaruhi konflik geopolitik, peningkatan kos penghantaran dan premium insurans bagi laluan perdagangan berisiko. Orang ramai turut disaran menggunakan bahan api secara berhemah bagi memastikan bekalan negara terus mencukupi.
Kredit gambar: Utusan
No Comment! Be the first one.