YSIJ Agih 300 Bakul Makanan Sempena Deepavali di Pasir Gudang
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) terus mempergiat usaha murni menyantuni masyarakat menerusi agihan 300 bakul makanan sempena sambutan Deepavali kepada komuniti India Plentong kelmarin. Majlis...
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) terus mempergiat usaha murni menyantuni masyarakat menerusi agihan 300 bakul makanan sempena sambutan Deepavali kepada komuniti India Plentong kelmarin.
Majlis serahan sumbangan berlangsung di Dewan Muafakat Taman Nusa Damai, Pasir Gudang dengan disempurnakan oleh Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ dan Mohd Masni Wakiman, Pegawai Daerah Johor Bahru.
Selain bantuan barangan keperluan asas menerusi bakul makanan, para penerima turut menerima set kuih tradisional muruku bagi menambah kemeriahan persediaan sambutan bersama keluarga.
Kredit: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
No Comment! Be the first one.