JSCMC Perkukuh Hubungan Strategik Johor-Singapura Menerusi JS-SEZ
Penubuhan Jawatankuasa Menteri bagi Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) membuka fasa baharu hubungan dua hala yang lebih matang. Hubungan ini diperkukuh menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura...
Penubuhan Jawatankuasa Menteri bagi Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) membuka fasa baharu hubungan dua hala yang lebih matang. Hubungan ini diperkukuh menerusi Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang merekodkan pelaburan diluluskan sebanyak RM88.83 bilion dari Januari 2025 hingga Jun 2026, dengan RM42.64 bilion daripadanya telah direalisasikan.
Kerjasama ini memadankan kelebihan industri dan tenaga kerja Johor dengan kekuatan kewangan serta perdagangan antarabangsa Singapura. Bagi Johor, impak utama yang disasarkan merangkumi penyediaan pekerjaan berpendapatan tinggi, peningkatan kemahiran modal insan tempatan, dan perluasan peluang bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
Bagi menyokong pertumbuhan ini, Kerajaan Negeri bakal melancarkan Pelan Induk JS-SEZ di samping terus memantapkan infrastruktur dan kemudahan perniagaan. Komitmen ini ditegaskan dalam mesyuarat pertama JSCMC di Singapura yang dihadiri Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, bersama kepimpinan tertinggi Kerajaan Malaysia dan Singapura.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.