8.00pm-9.00pm
Fakta Ke Auta
Penyampai akan share fakta yang merujuk kepada “betul atau tipu”. Menyoal atau menilai sama ada sesuatu maklumat, cerita atau dakwaan itu adalah satu kebenaran yang sahih atau sekadar rekaan semata-mata.
Ada Lagu Ada Cerita
Penyampai akan memilih sebuah lagu yang menyentuh emosi dan perasaan dan menyiarkannya di penghujung jam. Selain itu mereka juga akan share info tentang lagu berkeaan.
9.00pm-10.00pm
Selebriti Check
Penyampai akan share 3 story artis sama ada dalam atau luar negara yang best dan terkini. Sekali sekala akan diselitkan juga story influencer untuk hiburan pendengar dalam jam ini.
10.00pm-11.00pm
Best Thread
Nak tau apa yang best & trending dekat Thread… Jangan risau penyampai akan sharekan dengan anda apa yang tengah trending dan cerita panas yang berlaku dekat Thread.
Lagu Versi Hati
Penyampai nak belanja korang 3 buah lagu yang bertemakan tentang perkataan RINDU, CINTA, SEPI, HATI, KECEWA, NALURI, MAAF dan banyak lagi. Salah satu perkataan ni ada dalam tajuk 3 buah lagu tu.
11.00pm-12.00am
Lagu Sebelum Tidur
Jam terakhir ini membawa konsep ‘Tenangkan hati, pejamkan mata’. Lagu-lagu berentak perlahan, chill dan acoustic. Selain penyampai share Quote ringkas / pesanan positif.
Hi guys!! Nama diberi Muhammad Hafiz Najmudin, berasal dari Alor Setar, Kedah. Hafiz anak yang ke 7 dari 7 beradik, ofcourse Si Bongsu. Hafiz suka layan movie and late night drive !
Hafiz bermula karier sebagai Penyampai Radio di Best FM pada tahun 2026 melalui Pencarian The Next Bestcham Baru Best (BBB). Sebelum Hafiz jadi penyampai radio dekat Best Fm, Hafiz pernah jadi Barber ada (Sijil Kemahiran dalam bidang Hairstyling), Foreman Accessories Motor dan Penjual Kereta.
Dengan kata-kata, “ Jangan pernah menyesal dengan apa yang kita lalui sebab setiap yang jadi dalam hidup kita adalah satu pengajaran “ merupakan kata2 penguat untuk Hafiz terus bersemangat.
Hallo semua! Saya Nurul Nabilah Binti Pozi dan saya merupakan anak jati Johor tau hehehe. Bella adalah anak keempat daripada 5 orang beradik dan bella diapit abang dan adik lelaki dalam keluarga. Bella merupakan bekas pelajar Politeknik Ibrahim Sultan dalam jurusan Diploma Pengurusan Pelancongan. Bella mempunyai pengalaman pekerjaan dalam dunia pelancongan ni lebih kurang 4 tahun
Kalau semua nak tahu, Bella sebenarnya dulu pernah datang ke konti Best FM. Waktu tu Bella dapat On Air dengan Hafiz dan Aiman untuk segment Best Night Talk sebagai Pendengar Setia Best FM sempena Hari Radio Sedunia. Alhamdulillah, siapa sangka itu merupakan titik permulaan Bella dalam dunia penyiaran ni
Our site uses cookies. By using this site, you agree to the Privacy Policy and Terms of Use.