Steve Ellis pelantun lagu “Everlasting Love”, meninggal dunia pada usia 76 tahun
LONDON: Penyanyi utama kumpulan Love Affair, Steve Ellis, yang terkenal menerusi lagu saduran kumpulan itu, “Everlasting Love”, meninggal dunia pada usia 76 tahun, lapor PA Media/dpa....
LONDON: Penyanyi utama kumpulan Love Affair, Steve Ellis, yang terkenal menerusi lagu saduran kumpulan itu, “Everlasting Love”, meninggal dunia pada usia 76 tahun, lapor PA Media/dpa.
Penyanyi kelahiran Britain itu merupakan vokalis utama kumpulan pop dan rock progresif berkenaan yang ditubuhkan pada 1966 dan berjaya menduduki tangga pertama carta lagu United Kingdom (UK) menerusi lagu “Everlasting Love” pada tahun berikutnya.
Dalam satu kenyataan yang dikongsikan menerusi akaun Facebook rasmi penyanyi itu, dimaklumkan bahawa Ellis meninggal dunia akibat komplikasi penyakit kronik.
Baca Lanjut di Astro Awani
No Comment! Be the first one.