YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR AGIH SUMBANGAN 450 BAKUL MAKANAN DAN MURUKU SEMPENA DEEPAVALI
Sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tiba, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang 450 kotak bakul makanan kepada komuniti Gelang Patah, Skudai dan Pontian. Pada Rabu 28 Oktober,...
Sempena sambutan Deepavali yang bakal menjelang tiba, Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang 450 kotak bakul makanan kepada komuniti Gelang Patah, Skudai dan Pontian.
Pada Rabu 28 Oktober, sebanyak 100 kotak bakul makanan dan 100 muruku diserahkan kepada Komuniti Masyarakat India di Lima Kedai, Gelang Patah. Siri pengagihan diteruskan semalam (29 Oktober) di dua lokasi.
Komuniti Skudai menerima 150 bakul makanan dan 150 muruku, manakala 200 bakul makanan dan muruku disampaikan kepada Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Muthamil Mantram Daerah Pontian.
Sumbangan disempurnakan oleh Mohd Anizam Jamian, Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ dan Marina Ibrahim, Ketua Pegawai Operasi YSIJ kepada wakil-wakil komuniti.
Sumbangan ini juga diharap dapat meringankan beban keluarga kurang berkemampuan dalam membuat persiapan meraikan Pesta Cahaya bersama insan tersayang.
Kredit : Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
No Comment! Be the first one.