PTPTN: Bayaran balik minimum RM50 bagi graduan gaji RM2,501 hingga RM3,000 – Adam Adli
Kuala Lumpur: Graduan berpendapatan RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi...
Kuala Lumpur: Graduan berpendapatan RM2,501 hingga RM3,000 sebulan hanya perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada kadar minimum RM50 sebulan menerusi kelonggaran yang diperkenalkan dalam Belanjawan 2027.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Adam Adli Abdul Halim berkata, inisiatif kelonggaran bayaran balik pinjaman itu dijangka memanfaatkan lebih 400,000 orang bagi membantu mengurangkan beban kewangan graduan yang baru memasuki alam pekerjaan.
Beliau berkata, graduan berpendapatan di bawah RM2,500 sebulan pula tidak perlu memulakan bayaran balik sehingga mencapai ambang pendapatan yang ditetapkan.
“Keresahan ini boleh ditangani dengan cara ini, yang paling berkesan buat masa sekarang.
“Ini adalah antara perkara yang sudah bertahun-tahun sebenarnya dibincangkan, diwacanakan dan sekarang kita boleh, insya-Allah laksanakan menerusi Belanjawan 2027,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio tempatan baru-baru ini.
Adam Adli ketika mengulas mengenai kos sara hidup mahasiswa berkata, inisiatif Dapur Siswa MADANI yang menyediakan kemudahan memasak secara berpusat di kampus akan diperluas ke politeknik dan Institut Pendidikan Guru (IPG) pada tahun hadapan.
Beliau berkata, peruntukan RM20 juta disediakan untuk membekalkan bahan makanan dan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, telur dan sardin kepada dapur berkenaan.
Baca lanjut : Bayaran balik minimum RM50 bagi graduan gaji RM2,501 hingga RM3,000 – Adam Adli
No Comment! Be the first one.