Malaysia-Singapura Uji Kesiapsiagaan Kecemasan RTS Link
Malaysia dan Singapura memperkukuh keselamatan rentas sempadan menerusi Latih Amal Field Training Exercise (FTX) 2026 pada 27 Oktober lalu. Latihan ini menguji tindak balas kecemasan di landasan dan...
Malaysia dan Singapura memperkukuh keselamatan rentas sempadan menerusi Latih Amal Field Training Exercise (FTX) 2026 pada 27 Oktober lalu. Latihan ini menguji tindak balas kecemasan di landasan dan tren RTS Link Johor Bahru–Singapura, yang berupaya menampung hingga 10,000 penumpang sejam bagi setiap arah.
Latihan merangkumi simulasi memadam kebakaran, rawatan awal (medical triage), dan pemindahan mangsa bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) berfungsi dengan cekap. Persediaan ini diselaraskan oleh MKN sejak Mac 2026 bersama 28 agensi Malaysia, agensi Singapura, serta rakan strategik seperti MRT Corp dan RTSO.
Majlis penutup yang dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Johor,YB Tuan Ir. Ts. Haji Mohamad Fazli Mohamad Salleh berlangsung di Depot RTS Wadi Hana. Pelaksanaan ini mencerminkan komitmen kedua-dua negara dalam menjamin keselamatan perkhidmatan RTS Link apabila mula beroperasi kelak.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.