Waspada Monsun Timur Laut 2026/2027
Malaysia kini memasuki fasa Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 hingga Mac 2027, dengan kawasan rendah di pantai barat Semenanjung, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah berisiko banjir. Pakar UKM, Prof. Dr....
Malaysia kini memasuki fasa Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027 hingga Mac 2027, dengan kawasan rendah di pantai barat Semenanjung, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah berisiko banjir. Pakar UKM, Prof. Dr. Mohd Ekhwan Toriman mengingatkan penduduk agar peka dengan amaran cuaca berikutan risiko hujan lebat berterusan dan kenaikan paras air laut.
Walaupun dipengaruhi El Niño, Dr. Chung Jing Xiang dari UMT menegaskan bahaya fenomena Borneo Vortex dan luruan sejuk yang boleh mencetuskan hujan amat lebat. Situasi ini berupaya menyebabkan banjir besar di Pantai Timur Semenanjung serta pantai barat Sabah dan Sarawak jika kelembapan udara meningkat.
Sebagai langkah persediaan, Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr. Mohd Hisham Mohd Anip mengesahkan Bilik Gerakan MET di seluruh negara mula beroperasi hari ini. Pemantauan ketat dilakukan terutamanya di Kelantan, Pahang, Johor dan barat Sarawak bagi menyalurkan maklumat cuaca terkini kepada orang ramai.
Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.