Rezeki Itu Rahsia Allah ❤️
Hai gais….. Alhamdulillah, satu pengalaman yang cukup bermakna buat Ieqa apabila diberi peluang tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik.❤️...
Hai gais….. Alhamdulillah, satu pengalaman yang cukup bermakna buat Ieqa apabila diberi peluang tercalon dalam Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 bagi kategori Penyampai Radio Wanita Terbaik.❤️ Walaupun kali ini rezeki Ieqa bukan untuk membawa pulang kemenangan, tapi dapat berada di pentas yang penuh prestij ini pun dah menjadi satu pencapaian dan kenangan yang sangat berharga. Bagi Ieqa, bukan soal menang atau kalah semata-mata, tetapi pengalaman, perjalanan, usaha dan penghargaan yang diterima sepanjang berada dalam industri radio. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, menyokong dan memberikan semangat kepada Ieqa. Terima kasih juga kepada keluarga, team dan semua yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini. Mungkin belum rezeki untuk menang kali ini, tapi Ieqa percaya setiap pengalaman ada nilai dan setiap perjalanan ada hikmahnya. Tahniah juga kepada semua pemenang! Semoga terus sukses dan menjadi inspirasi. Ieqa akan terus belajar dan memberikan yang terbaik untuk pendengar semua. Terima kasih ASA untuk pengalaman yang cukup indah ini. Insya-Allah, terus melangkah dengan semangat yang baru!!! ❤️
No Comment! Be the first one.