Aiman Tak Capai Cita-Cita ?
Assalamualaikum and welcome back gais.. Sejak dua menjak ni, Aiman banyak fikir. Melayang-layang fikiran ni bawak ke satu fasa dalam hidup, yang mana Aiman pernah pasang impian, untuk ada peluang...
Assalamualaikum and welcome back gais..
Sejak dua menjak ni, Aiman banyak fikir. Melayang-layang fikiran ni bawak ke satu fasa dalam hidup, yang mana Aiman pernah pasang impian, untuk ada peluang cipta sebuah kumpulan boyband.
Cewah gempak bunyi dia. Tapi ni boyband versi Islamik la iaitu, kumpulan Nasyid.

Idola? Tak payah cakap lah.. Of course macam Inteam, Devotees, Mestica, Hijjaz, Raihan.. Lejen-lejen tu semua!

Tapi ada satu lagi memang tergila-gila betul dulu, kumpulan ni memang unik dia lain macam.. Masa tu la.. So yes, Aiman memang sangat mengikuti perkembangan kumpulan UNIC.
So, Aiman pernah tubuh kumpulan, dan nak ikut show. Ni masa lepasan SPM.. Tapi masa nak ikut show UNIC ke Pantai Timur, sayangnya tak dapat green light dari ayah Aiman.. So takde la rezeki sampai sekarang.. Last-last jadi penyampai radio.
Dan, bila terfikir balik.. Mungkin selama ni patutnya Aiman kejar cita-cita tu.

Ada yang kata dah lambat, tapi hati Aiman masih rasa ada ruang. Entah lah.. doa-doakan lah ye.. Mana tau dapat capai cita-cita ni.. insha Allah..
No Comment! Be the first one.