JDT IV Juara Piala Belia 2026, Kekal Dominasi Tiga Tahun Berturut-Turut
Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT IV) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Piala Belia 2026 selepas menewaskan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) A dengan...
Skuad Akademi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT IV) melakar kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai juara Piala Belia 2026 selepas menewaskan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) A dengan keputusan 2-1 di Stadium Majlis Perbandaran Kulai (MPKu). Gol kemenangan JDT IV dijaringkan oleh Tengku Hasyri pada minit ke-42 dan Adam Muqriz pada minit ke-47 masa tambahan separuh masa pertama, sekali gus memastikan takhta kejuaraan berjaya dipertahankan untuk tahun ketiga berturut-turut.
Kejayaan ini membuktikan keberkesanan program pembangunan bakat muda yang berterusan dalam melahirkan generasi pelapis berkaliber untuk bola sepak Johor dan negara. Sepanjang perlawanan, barisan pemain JDT IV mempamerkan disiplin tinggi, semangat juang yang kental, serta kerja berpasukan yang mantap bagi menyerap saingan sengit yang diberikan oleh pasukan AMD A sehingga wisel penamat.
Selesai perlawanan, majlis penyampaian pingat telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan,Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, dengan diiringi Ketua Pegawai Operasi & Pengarah Teknikal JDT, YBhg. Encik Alistair Edwards. Pencapaian cemerlang ini dijangka terus membuka ruang buat pemain muda Johor untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.