Selangor FC Fokus Persiapan Rapi Demi Tiket Final Piala FA
Selangor FC meletakkan misi memburu tiket ke final Piala FA sebagai keutamaan apabila bakal berdepan Kuching City FC dalam aksi separuh akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Jumaat...
Pan-gon berkata, beliau dan barisan pemain memiliki semangat serta keazaman tinggi untuk mencapai sasaran tersebut. Menurutnya, Selangor bukan sahaja mahu mendapatkan keputusan positif, malah bertekad mempamerkan aksi terbaik sebagai penghargaan kepada penyokong yang sentiasa setia memberikan sokongan kepada pasukan.
Pengendali dari Korea Selatan itu turut menekankan kepentingan perlawanan berkenaan yang menjadi peluang besar buat skuad Gergasi Merah meneruskan perjuangan dalam saingan Piala FA musim ini. Justeru, tumpuan penuh terhadap persiapan dan prestasi di atas padang amat diperlukan bagi memastikan impian Selangor untuk beraksi di pentas final menjadi kenyataan.
No Comment! Be the first one.