Kerajaan Johor Terus Hargai Warga Pendidik Dengan Peruntukan RM5.975 Juta
Onn Hafiz Ghazi mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.975 juta menerusi Belanjawan Johor 2026 bagi Bantuan Bilik Guru yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Inisiatif itu dijangka memberi...
Onn Hafiz Ghazi mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.975 juta menerusi Belanjawan Johor 2026 bagi Bantuan Bilik Guru yang kini memasuki tahun keempat pelaksanaannya. Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada 1,195 sekolah serta lebih 49,000 guru di seluruh Johor sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik dalam membentuk generasi masa depan Bangsa Johor.
Menurut beliau, guru bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu di bilik darjah, malah turut membina keyakinan, membentuk akhlak dan menyemai harapan dalam kalangan pelajar. Peruntukan tersebut juga bertujuan menyediakan persekitaran bilik guru yang lebih kondusif dan selesa demi memperkukuh kebajikan warga pendidik serta memartabatkan sistem pendidikan negeri.
Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Aspirasi Pendidikan Negeri Johor 2026 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara dan menyampaikan Anugerah Khas, Tokoh Kepimpinan Pendidikan serta Tokoh Guru 2026 kepada warga pendidik yang menunjukkan kecemerlangan dan komitmen luar biasa dalam memperkasa dunia pendidikan negeri.

No Comment! Be the first one.