Pembayaran Bantuan RM1,000 Pemandu Teksi dan Bas Sekolah Bermula
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui APAD mula menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada 12,033 pemandu teksi dan kereta sewa sejak 4 November lalu. Lebih 80 peratus daripada 15,062 pemandu...
Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui APAD mula menyalurkan Bantuan Khas Kewangan RM1,000 kepada 12,033 pemandu teksi dan kereta sewa sejak 4 November lalu. Lebih 80 peratus daripada 15,062 pemandu berdaftar dijangka menerima bayaran ini secara pindahan bank atau tunai sebelum sambutan Deepavali pada 8 November.
Bagi pemandu teksi yang baru memperbaharui kad pemandu sehingga 25 Oktober lalu, proses pengesahan data sedang dilaksanakan. Pembayaran bagi kumpulan ini dijangka bermula 11 November kelak, dan semakan status boleh dibuat menerusi portal rasmi APAD pada tarikh yang sama.
Dalam pada itu, bantuan RM1,000 kepada kira-kira 7,228 pemandu bas sekolah turut akan disalurkan terus ke akaun bank dalam masa terdekat. Pemandu dan syarikat bas sekolah boleh membuat semakan kelayakan menerusi portal Bantuan Khas Kewangan bermula minggu kedua November.
Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.