Best FM Perkasa PKS Menerusi Inisiatif Jaringan “Scale Up – SME Edition”
Johor Bahru, 5 Mei – Best FM telah berjaya menganjurkan sebuah program khas pembangunan dan jaringan perniagaan yang bertujuan mewujudkan peluang lebih baik untuk perusahaan kecil dan...

Johor Bahru, 5 Mei – Best FM telah berjaya menganjurkan sebuah program khas pembangunan dan jaringan perniagaan yang bertujuan mewujudkan peluang lebih baik untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Program yang diberi nama BEST FM Scale Up – SME Edition ini telah berlangsung di Kotak Glass House, Permas Jaya, dengan objektif membantu pemilik perniagaan dan usahawan PKS mendapatkan pendedahan jenama yang lebih meluas serta mengembangkan perniagaan mereka melalui peluang jaringan perniagaan yang disediakan oleh Best FM.

Dengan capaian audiens yang kukuh melebihi 2 juta pendengar di semua platform, Best FM bukan sahaja dapat didengari di seluruh Malaysia, malah turut mempunyai liputan di Singapura, Batam dan Kepulauan Riau. Selain siaran radio, Best FM juga menawarkan peluang pemasaran dan pengiklanan digital menerusi portal rasmi mereka, www.bestfm.com.my, sekali gus membantu perniagaan memperkukuhkan kehadiran dalam talian serta meningkatkan interaksi bersama pelanggan.

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada artis Awal Muzik, Izhan Haziq dan El Riss, yang menghiburkan para tetamu dengan persembahan secara langsung sepanjang sesi berlangsung. Penyampai radio Best FM, Daene, juga menceriakan suasana dengan dua persembahan lagu khas, sekali gus mewujudkan atmosfera yang meriah dan interaktif buat semua hadirin.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi bahagian pemasaran di sales@bestfm.com.my.
No Comment! Be the first one.