ST Rosyam Mart rasmi buka pasar raya pertama di Johor, sambut lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama
ST Rosyam Mart Tampoi Rasmi Dibuka, Best FM Meriahkan Sambutan Bersama Pengunjung JOHOR BAHRU, 15 September 2026 — ST Rosyam Mart secara rasmi membuka pasar raya pertamanya di Johor dan wilayah...
ST Rosyam Mart Tampoi Rasmi Dibuka, Best FM Meriahkan Sambutan Bersama Pengunjung
JOHOR BAHRU, 15 September 2026 — ST Rosyam Mart secara rasmi membuka pasar raya pertamanya di Johor dan wilayah Selatan di Paragon Market Place, Tampoi pada 12 September 2026, sekali gus menandakan pengembangan jenama itu ke pasaran Selatan.
Pembukaan tersebut menerima sambutan menggalakkan dengan lebih 15,000 pengunjung dalam tempoh 24 jam pertama, manakala lebih 10,000 ahli ST baharu mendaftar sepanjang tempoh pra-pembukaan dan hari pembukaan.
Majlis peluncuran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan P. Pannir Selvam, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, bersama Dato’ Raymond Ho Cheng Hann, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Sri Ternak Group, serta Datuk Rosyam Nor, Pengarah ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

ST Rosyam Mart Tampoi menawarkan lebih 40,000 pilihan produk dengan konsep pasar raya moden, ruang pembelian borong, kafe dan bakeri, serta pelbagai kemudahan untuk keselesaan pelanggan. Beroperasi 24 jam setiap hari, cawangan ini turut menyediakan lebih 20 perkhidmatan percuma kepada pengunjung.

Antara tarikan utama pembukaan ialah promosi ayam segar seekor pada harga hanya 8 sen kepada 5,000 pelanggan terawal, selain pelbagai aktiviti menarik termasuk Balloon Drop dengan hadiah bernilai sehingga RM10,000, pertunjukan bunga api, sesi merasa makanan, hiburan secara langsung dan aktiviti keluarga.
Best FM Meriahkan Pembukaan Bersama Pengunjung
Turut memeriahkan sambutan, Best FM hadir dengan penglibatan secara langsung menerusi aktiviti on-ground bersama penyampai Best Pagi Onz, Aiman Sabri dan AD Baharudin.


Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan suasana pembukaan, malah memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi secara lebih dekat bersama penyampai Best FM menerusi aktiviti dan sesi santai di lokasi.

Selain itu, segmen Best Relax turut mengadakan siaran luar secara langsung dari ST Rosyam Mart Tampoi, sambil menyantuni pengunjung dan berkongsi kemeriahan suasana pembukaan bersama pendengar Best FM.

Penglibatan ini mencerminkan komitmen Best FM sebagai rakan media yang sentiasa mendekati komuniti melalui aktiviti lapangan, interaksi bersama pendengar dan sokongan terhadap inisiatif perniagaan tempatan.

Sambutan pembukaan diteruskan sehingga 27 September dengan lebih 200 barangan promosi pada harga serendah 8 sen, 48 sen dan 88 sen. Pelanggan juga berpeluang menyertai kempen Stamp & Menang 2.0 yang menawarkan lebih 350 hadiah bernilai melebihi RM1 juta, serta Misi Mencari Raja Konten Selatan dengan hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.
ST Rosyam Mart Tampoi terletak di Paragon Market Place, 135, Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor, dan beroperasi 24 jam setiap hari.
Best FM — Suara Dunia Baharu.
No Comment! Be the first one.