SK dan SMK Yong Peng Dominasi Pertandingan ‘Choral Speaking’ Johor 2026
Sekolah Kebangsaan (SK) Yong Peng dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng dari Batu Pahat melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara kategori sekolah rendah dan menengah dalam...
Sekolah Kebangsaan (SK) Yong Peng dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yong Peng dari Batu Pahat melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara kategori sekolah rendah dan menengah dalam Pertandingan Choral SpeakingPeringkat Negeri Johor 2026. Pertandingan anjuran Yayasan Johor Corporation (Yayasan JCorp) bersama Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) ini menghimpunkan 440 pelajar daripada 22 sekolah yang bersaing menerusi persembahan berteraskan penguasaan bahasa Inggeris, kreativiti, vokal, dan semangat berpasukan.
Bagi kategori sekolah rendah, tempat kedua disandang oleh SK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru manakala SK Abdul Rahman Yassin, Kluang menduduki tempat ketiga. SK Yong Peng turut melengkapkan kejayaan mereka dengan meraih anugerah Best Conductor. Bagi kategori sekolah menengah, tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh SMK Ungku Hussin, Mersing dan SMK Tinggi Kluang, sementara anugerah Best Conductor bagi kategori tersebut dinobatkan kepada SM Sains Muar.
Berlangsung di SJK (C) Chong Hwa, Kluang dengan tema ‘United Voices, Resounding Peace and With Words We Break, With Words We Mend’, kejayaan ini membuktikan kepentingan pembelajaran di luar bilik darjah. Usaha berterusan Yayasan JCorp ini memberikan ruang kepada generasi muda Johor untuk mengasah kemahiran komunikasi, membina keyakinan diri, serta memupuk disiplin dan kerjasama berpasukan demi mencapai matlamat bersama.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.