Kesejahteraan Rakyat Diutamakan dalam Kelulusan Pusat Data di Johor
Kerajaan Negeri Johor menegaskan tidak akan mengorbankan kesejahteraan rakyat demi menarik pelaburan pusat data.Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata, kelulusan bekalan air terawat...
Kerajaan Negeri Johor menegaskan tidak akan mengorbankan kesejahteraan rakyat demi menarik pelaburan pusat data.Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi berkata, kelulusan bekalan air terawat kepada 19 pusat data yang beroperasi kini hanyalah 21 juta liter sehari (JLH) berbanding permohonan asal 73 JLH, iaitu hanya 1.05 peratus daripada pengeluaran air negeri.
Setiap permohonan dinilai ketat oleh Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Pusat Data Negeri Johor (JPPPDNJ) bersama agensi teknikal seperti BAKAJ, Ranhill SAJ, dan TNB. Kerajaan Negeri turut menggalakkan penggunaan teknologi penyejukan udara serta sumber air alternatif, termasuk air kumbahan terawat dan pembinaan loji rawatan air (LRA) sendiri oleh pihak industri.
Pendekatan berdisiplin ini memastikan pembangunan sektor pusat data bergerak seiring dengan perlindungan kepentingan rakyat serta kelestarian alam sekitar. Kawalan sumber yang ketat ini membolehkan negeri memacu pertumbuhan ekonomi tanpa menjejaskan bekalan utiliti untuk Bangsa Johor.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.