Had 25 Murid Sekelas Dicadang Jika Kemasukan Tahun Satu Usia 6 Tahun Diwajibkan
Kerajaan disaran menetapkan had sekitar 25 murid bagi setiap kelas Tahun Satu sekiranya kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan mulai 2029. Timbalan Pengarah MINDA UKM, Dr. Anuar Ahmad...
Kerajaan disaran menetapkan had sekitar 25 murid bagi setiap kelas Tahun Satu sekiranya kemasukan kanak-kanak berusia enam tahun diwajibkan mulai 2029. Timbalan Pengarah MINDA UKM, Dr. Anuar Ahmad berkata, langkah ini penting bagi mengelakkan bilik darjah sesak serta memastikan bilangan guru dan kemudahan mencukupi untuk membimbing murid yang masih aktif.
Kementerian Pendidikan juga perlu melengkapkan guru dengan kemahiran khusus mengendalikan kanak-kanak seawal usia itu agar tidak menjejaskan emosi dan psikologi mereka. Selain itu, kurikulum Tahun Satu wajar menekankan pendekatan belajar sambil bermain supaya murid tidak hilang minat akibat bebanan akademik semata-mata.
Beliau turut menegaskan kepentingan pendidikan awal di peringkat prasekolah pada usia empat atau lima tahun.Persediaan ini amat kritikal bagi mengelakkan kanak-kanak berisiko ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M) apabila melangkah ke Tahun Satu.
Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.