Danga Park dan Hutan Bandar MBJB Raih Pengiktirafan Antarabangsa
Danga Park Johor Bahru dan Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengharumkan nama Johor selepas meraih dua pengiktirafan global bagi tahun 2026. Danga Park memenangi anugerah Outstanding...
Danga Park Johor Bahru dan Hutan Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) mengharumkan nama Johor selepas meraih dua pengiktirafan global bagi tahun 2026. Danga Park memenangi anugerah Outstanding New Park Project – Asia Pacific menerusi World Urban Parks Awards, manakala Hutan Bandar MBJB merangkul Asian Townscape Awards.
Pencapaian ini membuktikan komitmen MBJB dalam menyediakan ruang hijau yang berkualiti, selamat, dan selesa untuk komuniti serta keluarga beriadah. Pembangunan taman awam yang terancang ini sekali gus memperindah landskap bandar dan meningkatkan kesejahteraan hidup warga kota.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut. Pengiktirafan ini diharap menjadi pendorong kepada MBJB untuk terus memperkasa penyelenggaraan, kebersihan, dan keselamatan taman awam demi manfaat rakyat.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.