“Tangan Menggigil Tekan Send…” – Kisah DM 7 Tahun Lepas Khairul Aming & TokTi Yang Ramai Tak Tahu
Siapa sangka, perjalanan seorang jaguh pencipta kandungan yang kini megah dengan empayar perniagaannya, bermula dengan satu pesanan ringkas yang ditaip menggunakan jari yang terketar-ketar. Di...
Siapa sangka, perjalanan seorang jaguh pencipta kandungan yang kini megah dengan empayar perniagaannya, bermula dengan satu pesanan ringkas yang ditaip menggunakan jari yang terketar-ketar.
Di sebalik kejayaan luar biasa Khairul Aming (KA) pada hari ini, tersimpan sebuah memori manis tentang nilai kerendahan hati daripada seorang legenda, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kisah ini bukan sekadar tentang video masakan, tetapi tentang bagaimana sokongan ikhlas mampu mengubah trajektori hidup seseorang selama-lamanya.
Kembali ke tujuh tahun yang lepas, ketika dunia dilanda pandemik dan terkurung di dalam fasa lockdown. Waktu itu, jenama Khairul Aming belumlah segah hari ini.
Beliau hanyalah seorang pemuda biasa yang berhempas-pulas merakam video masakan secara solo. Tiada studio mewah, tiada kru produksi yang ramai hanya berbekalkan sebuah telefon pintar sambil duduk bersila di atas lantai dapur.
Dalam usahanya untuk menyajikan konten yang kreatif, terlintas satu idea berani di fikirannya.
“Macam mana kalau aku ajak TokTi collab buat video masak guna recording suara kat phone?’
Tapi… berani ke aku ni? Nak tulis DM pun tangan dah menggigil segan. Dia tu ikon nombor satu negara, aku ni cuma budak baru nak mula buat video kat lantai rumah je,” bisik hati kecil KA yang berbelah bahagi pada waktu itu.
Walaupun diselubungi rasa rendah diri dan segan yang menebal, beliau tetap memberanikan diri menekan butang hantar.
Kejutan Esok Pagi: “TokTi Setuju!
Biasanya, mesej daripada ‘orang biasa’ kepada seorang bintang berstatus legenda mungkin akan tenggelam dalam jutaan notifikasi. Namun, apa yang berlaku keesokan harinya benar-benar di luar sangkaan.
“Eh, biar betul… TokTi reply?!” Bukan sahaja mesejnya dibaca, malah TokTi dengan penuh rendah hati terus bersetuju untuk membantu menyumbangkan suaranya. Lebih mengharukan, persetujuan itu diberi tanpa meminta sebarang bayaran atau meletakkan apa-apa syarat!
Baca lanjut di Tangan Menggigil Tekan Send
No Comment! Be the first one.