ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE…
Alhamdulillah.. 12 Mei yang lepas, usia abang genap 35 tahun selepas mendapat diskaun. Alhamdulillah, bertambah lagi usia. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk bernafas, belajar,...
Alhamdulillah.. 12 Mei yang lepas, usia abang genap 35 tahun selepas mendapat diskaun.

Alhamdulillah, bertambah lagi usia. Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi peluang untuk bernafas, belajar, dan menjadi insan yang lebih baik.
Ya Allah, pada usia ini…
Aku mohon Kau kuatkan hatiku dalam setiap ujian, lapangkan rezekiku dengan keberkatan, permudahkan segala urusanku, dan jauhkan aku dari perkara yang melalaikan.
Jadikan aku insan yang lebih sabar, lebih matang, dan lebih menghargai setiap detik kehidupan. Ampunkan segala dosa-dosaku yang lalu, dan bimbing aku ke jalan yang Kau redhai.
Semoga tahun ini, abang menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Terima kasih yang tidak terhingga buat isteri abang Ct Amamah yang telah menjadi isteri terbaik. Juga untuk anak abang Muhammad Shiraz semoga membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT. Aamiin Aamiin YRA.
Hari jadi abang kali ni sambut kat rumah je. Isteri abang masak sendiri kat umah. Lauk ikan siakap sweet sour & udang butter nestum. Memadailah dengan rezeki sebegini, itu pun dah buatkan abang cukup bahagia dan gembira.
Kepada yang menyambut hari jadi sepanjang bulan Mei ni, Selamat Hari Jadi! Nanti abang suruh Daenee nyanyikan kat radio ea…

No Comment! Be the first one.