Ieqa Geram……?
Assalamualaikum gais! Baru-baru ni Ieqa dalam perjalanan nak ke majlis perkahwinan. Tapi sepanjang perjalanan, ada satu perkara yang buat Ieqa rasa geram bila berdepan dengan pemandu yang memandu...
Assalamualaikum gais!
Baru-baru ni Ieqa dalam perjalanan nak ke majlis perkahwinan. Tapi sepanjang perjalanan, ada satu perkara yang buat Ieqa rasa geram bila berdepan dengan pemandu yang memandu secara berbahaya.
Ada yang suka mencelah secara tiba-tiba, memotong tanpa memikirkan keselamatan pengguna jalan raya lain dan memandu terlalu laju.
Ieqa faham, maybe masing-masing ada urusan dan destinasi yang perlu dituju. Tapi janganlah sampai membahayakan nyawa orang lain hanya kerana terlalu mengejar masa.
Bayangkan kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, bukan pemandu itu sahaja yang terkesan, orang lain yang tak ada kaitan pon jadi mangsa.
Bagi Ieqa, tak salah kalau kita nak cepat sampai ke destinasi, tetapi biarlah berpada-pada.
Ingat gais, majlis boleh kita hadiri, masa boleh kita kejar, tetapi nyawa yang hilang tak mungkin boleh diganti.
Biar Lambat Asalkan Selamat…..!
No Comment! Be the first one.