Aiman, Rakan-Rakan Media Terkesan Kehilangan Pensyarah Tersayang
Assalamualaikum. Bertahun lamanya tak bersua, tak berhubung.. Tiba-tiba selepas 12 tahun.. Aiman dan rakan-rakan media yang merupakan alumni UiTM Shah Alam dikejutkan dengan kehilangan seorang...
Assalamualaikum.
Bertahun lamanya tak bersua, tak berhubung.. Tiba-tiba selepas 12 tahun.. Aiman dan rakan-rakan media yang merupakan alumni UiTM Shah Alam dikejutkan dengan kehilangan seorang pensyarah bidang Pengiklanan dalam Pengajian Am dan Komunikasi ataupun MassComm.
Aiman, dan classmates yang pernah mempelajari subjek minor dalam advertising bersama arwah sangat terkesan dengan berita pemergian Allahyarhamah DR Hamimda Agil. Zaman Aiman masih belajar, arwah masih bergelar Miss Mim. Dan betul, seperti yang telah viral di threads, tentang kebaikan arwah, pensyarah yang begitu mudah didekati dan mendekati pelajar-pelajarnya.

Arwah juga pernah admit dia satu bidang pengajian dan classmates kepada penyanyi Faizal Tahir, dan untuk perjalanan terakhirnya, Aiman dan rakan-rakan dapat saksikan sendiri bukti mereka memang kawan dan classmates yang sangat baik zaman mereka belajar dulu.


Kenapa, mesti orang yang baik akan pergi dulu kan? Tapi begitulah rahsia ajal maut dari Allah SWT.
Semoga roh arwah DR Hamimda Agil, dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan bersama orang-orang beriman..
Al-fatihah..
No Comment! Be the first one.