PULANGLAH
PULANGLAH, SELAGI MEREKA MASIH ADA. ❤️ Baru-baru ini Abang berkesempatan pulang ke kampung mertua di Melaka sambil menemani isteri mengundi sempena PRN Melaka. Alhamdulillah, setiap dua bulan sekali...
PULANGLAH, SELAGI MEREKA MASIH ADA. ❤️
Baru-baru ini Abang berkesempatan pulang ke kampung mertua di Melaka sambil menemani isteri mengundi sempena PRN Melaka.
Alhamdulillah, setiap dua bulan sekali Abang akan cuba luangkan masa bertemu mertua, sambil membawa anak berjumpa Atok dan Neneknya.
Syukur, walaupun bapa mertua sudah berusia lebih 85 tahun dan mak mertua 75 tahun, kedua-duanya masih sihat. Setiap kali bertemu, terubatlah rasa rindu. Apatah lagi Abang sendiri sudah kehilangan Abah dan Mak.
Pesanan Abang, selagi mak dan ayah masih ada, rajin-rajinlah pulang menjenguk mereka. Jangan tunggu hari raya atau ada urusan baru mahu berjumpa.
Kita tidak pernah tahu, mungkin itulah pertemuan terakhir. Hargailah mereka sementara masih ada. ❤️
Sampai di sini cerita Abang minggu ini. Ada masa, Abang kongsikan lagi ya.
No Comment! Be the first one.