Bila Jumpa/Interview TokTi, Kenapa Aiman Selalu “NERVOUS”?
Wazzup geng! Assalamualaikum.. Aiman share sikit cerita “nervous” tak settle lagi sejak interview dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza minggu lepas dalam Best TOP 30 with my bro Helmi! Macam...
Wazzup geng! Assalamualaikum.. Aiman share sikit cerita “nervous” tak settle lagi sejak interview dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza minggu lepas dalam Best TOP 30 with my bro Helmi! Macam kita tau, TokTi dalam rangka promosi album terbaharunya, Gema Bumantara.

Ok, back to the main story Aiman nak share..
Sejak berkecimpung dalam dunia penyiaran TV dan Radio ni, memang pernah beberapa kali kena berurusan dengan beliau.. Orangnya humble, dan macam kita semua nampak.. Sentiasa murah dengan senyuman..
Level hormat Aiman untuk TokTi memang tinggi! yelah.. Penyanyi nombor 1 Malaysia, dan sebenarnya pernah jadi satu kisah “ditegur” oleh TokTi geng.. Tak salah waktu ni tahun 2014 or 2015, dan Aiman adalah salah seorang kru production sebuah program. So mestilah Aiman banyak berurusan dengan manager TokTi kan.. Aiman bahasakan managernya “kakak” dan dalam masa perbualan tengah berlaku tu, TokTi kat sebelah ambil peluang tegur Aiman.
Mula-mula ingatkan Datuk Seri Siti Nurhaliza nak bagitau dia perlukan manager untuk assist apa yang patut, tapi rupanya TokTi directly bercakap dengan Aiman and tegur “Aiman, bukan panggil kakak.. Tapi panggil Puan Rozie”.. Biru jugak muka Aiman masa tu sebab segan.. Hehe.. Tapi kan, pesanan TokTi masa tu buatkan Aiman always hormat wanita dengan gelaran yang sepatutnya seperti Puan, Cik especially bila berurusan official. So masa tu jugak Aiman say sorry and learn something positive dengan our beloved Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Itu lah sebabnya Aiman selalu nervous bila nak berdepan dengan TokTi. Apa pun, memang sesuai dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyanyi lagu Budi Bahasa Budaya Kita. Dalam lagu ada nasihat, bila dah jumpa harapnya bertambah berkat.. Thank you Datuk Seri Siti Nurhaliza for your advise!
Selit sikit gambar dapat bawa Mama dan wifey jumpa TokTi sekitar 2019 dulu..

No Comment! Be the first one.