Adakah suara anda yang kami cari?
Johor Bahru, 17 Februari 2026- Satu hantaran telah dimuat naik menerusi laman media sosial Best FM. Hangat diperkatakan berkenaan “Suara Nostalgia Ramadan”yang menjadi simbolik setiap...
Johor Bahru, 17 Februari 2026- Satu hantaran telah dimuat naik menerusi laman media sosial Best FM. Hangat diperkatakan berkenaan “Suara Nostalgia Ramadan”yang menjadi simbolik setiap kali bulan Ramadan tiba. Suara ini akan berkumandang setiap kali waktu berbuka puasa. Sewaktu itu, radio Best FM masih dikenali sebagai Best104. Bila mendengar suara ini, sudah pasti bulan Ramadan semakin hampir.
Tidak hanya di situ, legasi ini terus bersambung di mana Best FM kini sedang mencari individu berkenaan. Di sebalik suara ini, ia memberi makna yang penuh momen-momen menarik di sekitar tahun 90-an.
Beranjak ke ruangan komen media sosial Best FM, rata-rata terkenang akan zaman kanak-kanak mereka. Zaman yang dirindui kebanyakkan pendengar. Bukan itu sahaja, suara ini merupakan suara yang ditunggu-tunggu setiap kali menunggu waktu berbuka puasa,
Disebabkan suara ini, ramai pendengar yang masih kekal bersama kami sehingga ke hari ini setiap kali bulan puasa.
Kepada empunya suara, Best FM sekarang ini sedang mencari anda. Jangan segan-silu untuk tampilkan diri. Best FM ingin menjemput anda sebagai tetamu istimewa sebagai persiapan menyambut bulan Ramadan.
Klik untuk mendengar suara yang dicari.
No Comment! Be the first one.