Sinergi Media & Dakwah: Best FM Dalam Mesyuarat Khatam Al-Quran Johor
Johor Bahru, 17 Februari 2026- Baru-baru ini Best FM telah menghadiri Mesyuarat Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri Johor bagi tahun 2026 yang bertempat di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor...
Johor Bahru, 17 Februari 2026- Baru-baru ini Best FM telah menghadiri Mesyuarat Majlis Khatam Al-Quran peringkat negeri Johor bagi tahun 2026 yang bertempat di Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan pelaksanaan dan tindakan majlis ini.
Majlis Khatam Al-Quran ini merupakan program tahunan yang menjadi identiti kepada pembangunan holistik yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Johor sejak tahun 1996.
Sehubungan itu, Majlis Khatam Al-Quran ini adalah kemuncak kepada program membudayakan Al-Quran peringkat negeri yang merupakan majlis rasmi kerajaan negeri yang dilaksanakan sempena malam Nuzul Al-Quran iaitu pada malam 17 Ramadan.
Objektif majlis ini diadakan adalah demi memartabatkan Al-Quran sebagai panduan hidup setiap muslim. Selain daripada itu, ia turut memastikan umat Islam dapat membaca Al-Quran dengan mengikut hukum-hukum tajwid, menghafaz, memahami isi kandungannya, menghayati dan menterjemahkan di dalam kehidupan seharian.
Turut hadir sama dalam majlis ini ialah bekas Mufti Johor ke-11, Datuk Dr. Nooh Gadut. Dalam masa yang sama, beliau turut memberi pandangan dalam menjayakan program kesucian ini.
Hampir 50 orang terpilih dan diundang ke majlis ini. Best FM sebagai jawatankuasa penyiar turut memainkan peranan penting dalam konteks media dan siarawan.
No Comment! Be the first one.