Johor Bahru, 17 Feb 2026- Umat Islam di Malaysia akan mula menjalani ibadah puasa pada hari Khamis, 19 Februari 2026. Tarikh tersebut telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi menerusi siaran Radio dan Televisyen (RTM).
Beliau berkata, tarikh permulaan awal Ramadan bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Sebelum ini, tarikh melihat anak bulan telah dilakukan pada petang Khamis, 17 Februari 2026 bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah. Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Terdapat 29 lokasi melihat anak bulan Ramadan di seluruh negara antaranya di Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka. Antara lain yang turut menjadi tempat cerapan anak bulan ialah Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor dan beberapa kawasan dan negeri lain.
No Comment! Be the first one.