Penyanyi yang popular dengan lagu Siapa Sangka Siapa Menduga, Liza Hanim meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Marsya Qistina tidak begitu menyerlah selepas menjuarai program Talk To My Manager (TTMM).
Menerusi perkongsian di Instagram, Liza Hanim menegaskan bahawa dia dan suami, Shahrin Samsudin sentiasa berusaha melindungi anak mereka daripada tekanan industri hiburan dan kritikan di media sosial.
Beliau turut menekankan di mana sewaktu Marsya menyertai TTMM, anaknya masih belajar dan perlu menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berdepan fasa sukar termasuk kehilangan rakan karib akibat penyakit kanser.
Dalam masa yang sama, anaknya juga masih baru dalam perjalanan nyanyian dan berharap orang ramai terus memberi sokongan untuk Marsya terus berkembang tanpa ada gangguan dan ejekan.
No Comment! Be the first one.