Kerajaan Johor dan MOT Pergiat Usaha Mantapkan Pengangkutan Awam Senada Persiapan RTS Link
Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mempergiat usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru, khususnya...
Kerajaan Negeri Johor dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mempergiat usaha menaik taraf sistem pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik di Johor Bahru, khususnya sebagai persediaan menyambut pengoperasian Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura. Langkah ini merangkumi peluasan Program Transformasi Bas Berhenti-Henti (SBST) Johor Bahru 2.0 untuk memperluas akses perkhidmatan bas serta mengurangkan kebergantungan rakyat terhadap kenderaan persendirian.
Selain perkhidmatan bas, fokus utama turut diberikan kepada pengangkutan rel menerusi cadangan perolehan 12 set tren baharu KTM Komuter Selatan bagi meningkatkan kapasiti dan kekerapan perjalanan. Pada masa sama, Projek Menaik Taraf Infrastruktur dan Sistem Landasan Berkembar (KVDT2) diselaraskan bagi memastikan pergerakan tren ke Johor Bahru berjalan lebih lancar dan cekap.
Bagi menjamin keselamatan penumpang dan kelangsungan operasi, isu kerosakan pagar landasan akibat pencerobohan gajah liar di jajaran Mengkibol-Rengam turut ditangani secara bersama oleh KTMB dan PERHILITAN Johor. Perancangan komprehensif ini dibincangkan dalam pertemuan antara Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur Dan Komunikasi Negeri Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOT, YBhg. Dr. Nor Fuad Abdul Hamid.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.