“Demi Ayah”: Afiqah Jalil Hadir Mewakili Allahyarham Jalil Hamid
Afiqah Jalil, anak kepada Allahyarham Jalil Hamid, meluahkan rasa sebak dan terharu apabila bakal hadir mewakili arwah bapanya pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 yang dijadualkan...
Afiqah Jalil, anak kepada Allahyarham Jalil Hamid, meluahkan rasa sebak dan terharu apabila bakal hadir mewakili arwah bapanya pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Allahyarham Jalil Hamid telah mendapat pencalonan terakhir dalam kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi dua naskhah berbeza iaitu Kalam Murabbi dan Pimpinan Ke Jannah, bersaing dengan pelakon hebat lain seperti Azhan Rani dan Zamarul Hisham.
Meskipun mengakui dirinya tidak sebanding dengan curahan bakti dan penat lelah arwah bapanya selama hampir 47 tahun dalam industri seni, Afiqah bertekad untuk hadir membawa nama serta menyimpan kenangan arwah bapanya itu erat di dalam hati.
Foto Kredit: Harian Metro
No Comment! Be the first one.