Wisma Putra Minta Rakyat Malaysia Tangguh Lawatan ke Arab Saudi
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah susulan faktor keselamatan. Langkah berjaga-jaga ini menyusuli...
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia supaya menangguhkan sementara perjalanan ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah susulan faktor keselamatan. Langkah berjaga-jaga ini menyusuli insiden letupan misil di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh yang mengorbankan sekurang-kurangnya 12 nyawa dan mencederakan 309 yang lain.
Menurut Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, walaupun kawasan Makkah dan Madinah dilaporkan masih selamat, risiko keselamatan yang timbul akibat serangan itu memerlukan rakyat Malaysia menangguhkan rancangan perjalanan mereka buat sementara waktu.
Sementara itu, Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terkorban atau cedera dalam insiden serangan di Riyadh serta insiden projektil berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd di Dammam baru-baru ini.
Foto Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.