Bas JDT hangus?
Tular di media sosial memperkatakan bas rasmi pemain dan kejurulatihan Johor Darul Ta’zim (JDT) berasap sebelum bermulanya perlawanan terakhir Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang...
Tular di media sosial memperkatakan bas rasmi pemain dan kejurulatihan Johor Darul Ta’zim (JDT) berasap sebelum bermulanya perlawanan terakhir Kumpulan A Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) Gelang Patah, Johor Bahru.
Bas berkenaan terbakar di bahagian bumbung dan beberapa orang telah memadam kebakaran tersebut menggunakan alat pemadam api dengan pantas. Punca kejadian masih dalam siasatan.
Untuk rekod terbaru, pasukan gergasi Harimau Selatan sekali lagi berjaya mara ke pusingan 16 selepas menumbangkan gergasi Jepun itu 1-0 menerusi jaringan Marcos Guilherme.
No Comment! Be the first one.