Atasi Banjir Kilat: Johor Bahru Perkasa Sistem Saliran Dan Kolam Takungan Air
Usaha meningkatkan keupayaan sistem saliran dan takungan air di sekitar Johor Bahru terus diperkemas menerusi kerja-kerja penambahbaikan di tiga lokasi utama iaitu Tasik Merdeka, Jalan Kolam Ayer,...
Usaha meningkatkan keupayaan sistem saliran dan takungan air di sekitar Johor Bahru terus diperkemas menerusi kerja-kerja penambahbaikan di tiga lokasi utama iaitu Tasik Merdeka, Jalan Kolam Ayer, dan Kampung Mohd Amin. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, YB Dato’ Mohd Jafni Md Shukor, telah mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan kerja mitigasi banjir berkenaan. Di Tasik Merdeka, kerja mendalamkan kolam tadahan telah mencapai kemajuan 20 peratus setakat 4 Oktober dan dijadualkan siap sepenuhnya menjelang Disember 2026.
Di Jalan Kolam Ayer berhadapan Maktab Sultan Abu Bakar, kerja pembersihan perangkap air serta pembentung lintasan telah disiapkan pada 3 Oktober lalu. Jabatan Kerja Raya (JKR) turut memberi perhatian serius terhadap cadangan penambahan pembentung kekotak bersaiz 1,200 milimeter (mm) dan penyelenggaraan parit tepi jalan. Langkah ini diambil bagi mengatasi masalah kapasiti pembentung sedia ada yang terhad ketika menerima aliran air larian yang tinggi semasa hujan lebat, di samping mengambil kira faktor keselamatan jalan dan utiliti.
Sementara itu di Kampung Mohd Amin, kerja mendalamkan kolam takungan banjir serta pembaikan tembok jajaran Sungai Chat telah dimulakan dan disasarkan siap pada 17 Oktober 2026, manakala kerja mendalamkan kolam mendapan dijangka selesai pada 10 Oktober. Cadangan pembinaan kolam tambahan di tanah rizab KPM berhampiran turut diteliti. Penyelarasan antara MBJB, agensi teknikal, dan pihak berkaitan akan terus dipantau secara berkala menerusi Taskforce Banjir Kilat Johor Bahru bagi memastikan Pelepasan air dan kapasiti takungan dipertingkatkan secara menyeluruh.
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.