Hasil Johor Dijangka Lepasi RM3 Bilion, Belanjawan 2027 Catat Lebihan
Hasil negeri Johor dijangka melepasi RM3 bilion buat pertama kali pada hujung tahun ini selepas kutipannya mencecah RM2.8 bilion atau 110 peratus daripada anggaran asal. Menteri Besar Johor, YAB...
Hasil negeri Johor dijangka melepasi RM3 bilion buat pertama kali pada hujung tahun ini selepas kutipannya mencecah RM2.8 bilion atau 110 peratus daripada anggaran asal. Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi memaklumkan bahawa peningkatan hasil tersebut akan disalurkan bagi membantu golongan memerlukan termasuk golongan miskin,anak yatim, OKU, dan warga emas.
Menerusi pembentangan Belanjawan Johor 2027, Kerajaan Negeri mengunjurkan hasil sebanyak RM3.076 bilion berbanding perbelanjaan RM3.075 bilion, sekali gus merekodkan lebihan RM2.328 juta. Daripada jumlah itu, RM1.53 bilion (49.77 peratus) diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan, meningkat lebih dua kali ganda berbanding tahun 2023.
Peningkatan dana pembangunan ini bertujuan memperkukuh infrastruktur serta memastikan limpahan ekonomi dinikmati seluruh Bangsa Johor. Bertemakan Johor Maju, Rakyat Sejahtera, belanjawan ini turut menggariskan 284 tekad berlandaskan Enam Teras Maju Johor demi memacu kemakmuran dan daya saing negeri.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.