Kerajaan Johor Fokus Realisasi Pelaburan RM99.7 Bilion
Kerajaan Johor memberi tumpuan utama untuk merealisasikan pelaburan diluluskan berjumlah RM99.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal...
Kerajaan Johor memberi tumpuan utama untuk merealisasikan pelaburan diluluskan berjumlah RM99.7 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026. Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Johor, YB Tuan Lee Ting Han menegaskan bahawa komitmen ini perlu diterjemahkan kepada pembinaan kilang, operasi perniagaan, serta pemindahan teknologi.
Penyelarasan antara agensi diperkukuh bagi mempercepat pemudahcaraan pelaburan di samping memantapkan ekosistem industri pelbagai, termasuk pusat data, aeroangkasa, semikonduktor, dan tenaga boleh diperbaharui. Langkah ini membuka ruang kepada syarikat tempatan untuk menyertai rantaian bekalan bernilai tinggi di peringkat global.
Usaha ini turut menyasarkan penciptaan pekerjaan berkualiti serta laluan kerjaya profesional buat Anak Johor di negeri sendiri. Kerjasama erat bersama agensi seperti Invest Johor, MIDA, IRDA, dan Kerajaan Persekutuan akan terus dipacu bagi memastikan manfaat ekonomi dinikmati secara menyeluruh oleh Bangsa Johor.
No Comment! Be the first one.