JOHOR TERIMA RM99.7 BILION PELABURAN, PACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEKERJAAN BERGAJI PREMIUM
#IskandarPuteri – Johor merekodkan RM99.7 bilion pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan utama negara...
#IskandarPuteri – Johor merekodkan RM99.7 bilion pelaburan diluluskan bagi tempoh Januari hingga September 2026, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai destinasi pelaburan utama negara serta mencerminkan keyakinan tinggi pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi Johor.
Daripada jumlah tersebut, RM68.3 bilion merupakan pelaburan dalam sektor perkhidmatan yang sebahagian besarnya dipacu oleh sektor maklumat dan komunikasi, manakala RM31.2 bilion pula dalam sektor pembuatan yang diterajui industri elektrik dan elektronik (E&E), mencerminkan kepelbagaian serta pengukuhan aktiviti ekonomi bernilai tinggi di Johor.
Pelaburan asing turut mendominasi jumlah berkenaan dengan RM81.4 bilion atau 81.7 peratus daripada keseluruhan pelaburan diluluskan, sekali gus menjadikan Johor negeri dengan bahagian pelaburan asing tertinggi dalam kalangan lima negeri penerima pelaburan utama negara.
Perkembangan ini perlu dilihat dari sudut manfaat kepada rakyat apabila peluang pekerjaan di Johor meningkat daripada 15,000 pada 2022 kepada 17,000 pada 2024 sebelum mencapai 24,000 pada 2025, manakala sebanyak 26,000 peluang pekerjaan dijangka ditawarkan pada tahun ini dengan sasaran mewujudkan 200,000 peluang pekerjaan menjelang 2030, khususnya berkaitan pekerjaan bergaji premium.
Baca Lanjut di : JOHOR TERIMA RM99.7 BILION PELABURAN, PACU PERTUMBUHAN EKONOMI DAN PEKERJAAN BERGAJI PREMIUM
No Comment! Be the first one.