YAYASAN SULTAN IBRAHIM JOHOR DENGAN KERJASAMA YAYASAN SITI SAPURA HUSIN SUMBANG 2,000 SET KERUSI MEJA KEPADA SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmennya untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif menerusi sumbangan 2,000 set kerusi dan meja kepada enam Sekolah Agama...
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) meneruskan komitmennya untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif menerusi sumbangan 2,000 set kerusi dan meja kepada enam Sekolah Agama Kerajaan Johor, hasil jalinan kerjasama strategik bersama Yayasan Siti Sapura Husin.
Penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Shah Reza Md Kanafe, Pengurus Kanan YSIJ kepada YB Anuar Abd Manap, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.
Turut hadir, Ahmad Hesamuddin Mohd Tahir, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, yang menjalankan tugas Timbalan Pengarah Pendidikan Agama Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Syed Hussain Syed Junid, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Siti Sapura Husin.
Majlis berlangsung di Sekolah Agama Kebun Teh, Johor Bahru pada hari ini (12 November) dan turut dihadiri pengetua daripada enam sekolah agama yang terlibat.
Menurut Syed Hussain, pemilihan YSIJ sebagai rakan kolaborasi di Johor adalah didorong oleh rekod cemerlang dan keaktifan yayasan dalam menyantuni rakyat di Johor.
Kredit : Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
No Comment! Be the first one.