Penganjuran F1 di Sepang Jana Impak Ekonomi RM950 Juta
Kerajaan membelanjakan RM70 juta bagi kos operasi dan penyelenggaraan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 bulan lalu. Menteri Belia...
Kerajaan membelanjakan RM70 juta bagi kos operasi dan penyelenggaraan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sempena penganjuran Formula Satu (F1) Grand Prix Gulf Air Bahrain 2026 bulan lalu. Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari memaklumkan baki daripada anggaran kos keseluruhan RM350 juta, termasuk yuran hak penganjuran,ditanggung sepenuhnya oleh pihak Bahrain.
Penganjuran acara berprestij itu berjaya menjana impak ekonomi hampir RM950 juta kepada negara merangkumi sektor pelancongan, perhotelan, penerbangan, serta program Litar Rasa MADANI. Selain merancakkan perniagaan usahawan tempatan, ia turut mewujudkan kira-kira 7,300 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor perkhidmatan dan operasi perlumbaan.
Laporan kajian impak ekonomi yang lebih terperinci sedang disiapkan oleh firma perunding lantikan SIC bagi menilai keseluruhan pulangan penganjuran tersebut kepada negara.
Kredit: Berita Harian
No Comment! Be the first one.