Bantuan Kasih Johor Manfaat Petugas Agama dan Perkukuh Institusi Masjid
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM8.8 juta di bawah Belanjawan Johor 2026 menerusi Bantuan Kasih Johor (BKJ) untuk manfaat 8,813 petugas agama termasuk pegawai masjid, surau, penggerak DUN, dan...
Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM8.8 juta di bawah Belanjawan Johor 2026 menerusi Bantuan Kasih Johor (BKJ) untuk manfaat 8,813 petugas agama termasuk pegawai masjid, surau, penggerak DUN, dan guru al-Quran. Inisiatif bernilai RM1,000 setiap seorang ini disifatkan sebagai penghargaan bermakna yang menyemarakkan lagi pengimarahan institusi keagamaan peringkat komuniti.
Selain itu, pelaksanaan BKJ turut diperluas kepada pemberian bantuan one-off RM200 kepada 30,000 ahli jawatankuasa masjid dan surau. Golongan pendidik dan penggerak agama, termasuk Bilal Abdullah Samit, menyambut baik usaha ini yang memberi suntikan semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat.
Kesinambungan pelbagai inisiatif ini membuktikan komitmen Kerajaan Negeri dalam mengimbangi kemajuan fizikal dan ekonomi dengan kebajikan rakyat serta pengukuhan institusi agama. Langkah proaktif ini terus memperkasakan peranan masjid dan surau sebagai nadi perpaduan komuniti Islam di Johor.
Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.