Ribut Petir, Angin Kencang Dijangka Landa KL, Lapan Negeri Petang Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lapan negeri hingga 5 petang ini. MetMalaysia dalam...
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan lapan negeri hingga 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Negeri Sembilan (Jelebu) serta Kedah yang melibatkan kawasan Kubang Pasu, Padang Terap dan Pokok Sena.
“Di Pahang, kawasan yang dijangka terjejas ialah Maran, Bera, Temerloh dan Bentong, manakala Selangor melibatkan Gombak, Hulu Langat, Petaling serta Hulu Selangor.
“Di Johor kawasan terlibat ialah Pontian, Johor Bahru, Kulai dan Mersing,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan kawasan Limbang dan Miri (Marudi) manakala di Sabah pula membabitkan Tawau, Pedalaman (Pensiangan dan Tambunan) serta Pantai Barat.
— BERNAMA/Astro Awani
No Comment! Be the first one.