Eurovision Asia: Aina Abdul Sebak Bukan Kerana Kecewa Tetapi…
PENYANYI dan komposer, Aina Abdul mengalirkan air mata bukan kerana tidak dapat menerima kekalahannya di Eurovision Asia Song Contest 2026. Menurut Aina, perasaan sebak itu hadir apabila mengenangkan...
PENYANYI dan komposer, Aina Abdul mengalirkan air mata bukan kerana tidak dapat menerima kekalahannya di Eurovision Asia Song Contest 2026.
Menurut Aina, perasaan sebak itu hadir apabila mengenangkan sokongan dan impian ramai pihak yang mengharapkan dia mampu membawa pulang kejayaan buat Malaysia menerusi pertandingan berprestij tersebut.
“Nangis bukan bererti tidak menerima kekalahan, tetapi ada tangisan yang lahir bukan kerana kecewa pada diri sendiri, sebaliknya kerana terkenangkan harapan orang-orang di sekeliling yang begitu tinggi diletakkan di bahu ini.
No Comment! Be the first one.