Healing Cara Ieqa ❤️
Assalammualaikum Gais! 🥰 Hujung minggu ni Ieqa pilih aktiviti yang simple, tapi penuh makna. Tak perlu pergi jauh-jauh, tak perlu tempat mewah… cukup luangkan masa bersama keluarga, hirup udara segar...
Assalammualaikum Gais! 🥰
Hujung minggu ni Ieqa pilih aktiviti yang simple, tapi penuh makna. Tak perlu pergi jauh-jauh, tak perlu tempat mewah… cukup luangkan masa bersama keluarga, hirup udara segar dan nikmati keindahan alam. ❤️ Kali ni, Ieqa bawa family ke sungai! 🌿💦 Dengar bunyi air mengalir, tengok anak-anak seronok bermain air, sambil sesekali Ieqa pun nak rendam kaki. Haa, inilah yang orang kata healing cara kita! 😍 Kadang-kadang, kesibukan kerja dan rutin harian buat kita tak sedar betapa pentingnya masa bersama keluarga. Jadi bila ada peluang hujung minggu, inilah masa untuk kita berhenti sekejap daripada kesibukan dan cipta kenangan bersama orang tersayang. Paling best bila tengok anak-anak happy. Walaupun mungkin penat nak uruskan mereka, tapi senyuman dan gelak tawa anak-anak tu yang buat hati seorang ibu rasa berbaloi. 🥹❤️ Bagi Ieqa, bahagia tak semestinya mahal. Kadang-kadang, sejuk air sungai, makanan yang dikongsi bersama dan gelak tawa keluarga pun dah cukup untuk jadikan satu hari tu sangat bermakna. So Gais, kalau hujung minggu nanti tak ada apa2 plan, apa kata luangkan masa bersama keluarga? Tak perlu tunggu cuti panjang. Yang penting, kita bersama orang yang kita sayang. 🫶
No Comment! Be the first one.