THROWBACK 15 TAHUN..
Throwback 2009…15 tahun berlalu.. Bila tengok semula gambar-gambar lama, tiba-tiba rasa seronok pula mengimbau kenangan 15 tahun lepas bersama Kelab Media Johor. Pengalaman yang tercipta sepanjang...
Throwback 2009…15 tahun berlalu..
Bila tengok semula gambar-gambar lama, tiba-tiba rasa seronok pula mengimbau kenangan 15 tahun lepas bersama Kelab Media Johor. Pengalaman yang tercipta sepanjang bersama rakan-rakan media ketika itu.
Ada kenangan yang buat kita tersenyum sendiri bila mengingatkannya. Dari aktiviti bersama, gelak tawa, pengalaman baharu sampailah ke momen-momen yang mungkin nampak biasa pada waktu itu, tetapi cukup bermakna apabila dikenang semula hari ini.
Betul kata orang, masa memang cepat berlalu. Yang tinggal hanyalah kenangan dan cerita untuk dikongsi.
Bercerita tentang kenangan, siapa pula yang suka bercuti? Abang suka kalau bercuti ke pantai atau pulau. Tak kisahlah percutian jauh atau dekat, dalam negara mahupun luar negara. Asalkan dapat lari sekejap daripada rutin harian, menikmati suasana baharu dan paling penting, dapat cipta memori bersama keluarga.Setiap tempat ada tarikannya tersendiri. Ada yang suka menikmati keindahan pantai, ada yang gemar suasana sejuk di kawasan tanah tinggi, dan tak kurang juga yang suka berjalan sambil mencari makanan menarik!
Jadi, anda pula bagaimana?
Kalau diberi pilihan, Pulau, pantai, kawasan tanah tinggi, bandar bersejarah ataupun destinasi luar negara Mana tahu, boleh jadi idea untuk percutian yang akan datang!
No Comment! Be the first one.