Stadium bertaraf antarabangsa
Bukan sekadar datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi kali ini diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman duduk di tempat VIP, Stadium Sultan Ibrahim. Selama ini hanya...
Bukan sekadar datang ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak, tetapi kali ini diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman duduk di tempat VIP, Stadium Sultan Ibrahim.
Selama ini hanya melihat kemeriahan stadium dari tempat duduk biasa, melihat sorakan ribuan penyokong dan merasai bahang semangat Harimau Selatan. Namun, kali ini berpeluang menikmati suasana dari sudut yang berbeza.
Satu pengalaman yang cukup istimewa dan pastinya sukar dilupakan. Lebih-lebih lagi apabila dapat menyaksikan sendiri kehebatan Stadium Sultan Ibrahim, kebanggaan rakyat Johor dan rumah keramat JDT.
Terima kasih atas peluang dan pengalaman yang cukup bermakna ini. Semoga ada rezeki untuk kembali lagi!
Once a JDT fan, always a JDT fan. Harimau Selatan! 🐯🔵
No Comment! Be the first one.