Ieqa Sedih…..?
Hi Gais…… Hari ni Ieqa berkesempatan keluar makan bersama Anna dan Hafiz. Bukan sekadar makan-makan biasa, tetapi ada cerita di sebaliknya. Kitaorang ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama...

Hi Gais……
Hari ni Ieqa berkesempatan keluar makan bersama Anna dan Hafiz. Bukan sekadar makan-makan biasa, tetapi ada cerita di sebaliknya. Kitaorang ambil kesempatan untuk luangkan masa bersama sempena hari terakhir Hafiz bekerja bersama kami.😭
Macam-macam cerita dikongsikan, daripada gelak, usik-mengusik sampailah mengenang momen sepanjang bekerja bersama. Biasalah, bila dah selalu berjumpa, bekerja dan bergurau bersama, mesti ada rasa sayang dan kehilangan apabila tiba masa untuk membawa haluan masing-masing.😭
Buat Hafiz, terima kasih atas segala kenangan, kerjasama dan warna-warni sepanjang kita bekerja bersama. Walaupun selepas ini mungkin tak lagi berjumpa setiap hari, persahabatan tetap boleh diteruskan.
Ieqa doakan semoga Hafiz terus sukses, dipermudahkan segala urusan dan lebih banyak pintu rezeki terbuka selepas ini. Aaminn🤲🏻❤️
No Comment! Be the first one.