JMR Raih Podium Suzuka 1000, Lengkapkan Musim Gemilang 2026
Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) meneruskan cemerlang dalam Kejohanan GT Antara Benua selepas meraih tempat kedua kelas Pro-Am pada perlumbaan ketahanan Suzuka 1000 GT3 di Litar Suzuka, Jepun....
Pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) meneruskan cemerlang dalam Kejohanan GT Antara Benua selepas meraih tempat kedua kelas Pro-Am pada perlumbaan ketahanan Suzuka 1000 GT3 di Litar Suzuka, Jepun. Pasukan yang dianggotai YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, serta Ben Green menamatkan perlumbaan sejauh 1,068 kilometer itu dengan menempah tempat di podium, selain menduduki tangga ketiga bagi kategori ‘Independent Cup’. Sementara itu, skuad profesional JMR melengkapkan keputusan positif dengan menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat keseluruhan dan kelas Pro.
Perlumbaan selama enam jam 30 minit itu menyaksikan jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R bernombor 99 bangkit daripada kedudukan kelima hasil pemanduan konsisten Ben Green untuk melonjak ke tangga kedua sebaik memasuki separuh jarak perlumbaan. Kedudukan tersebut berjaya dipertahankan hingga ke garisan penamat, sekali gus membuktikan keupayaan taktikal dan pemanduan mantap barisan pelumba JMR dalam bersaing di peringkat antarabangsa.
Pencapaian di Suzuka ini melengkapkan kempen musim 2026 yang cukup membanggakan buat JMR selepas melakar keputusan podium di Bathurst 12 Jam, menjuarai 24 Jam Spa, serta menamatkan saingan 24 Jam Le Mans pada penampilan sulung mereka. Kejayaan konsisten ini mengukuhkan lagi reputasi JMR dalam Kejohanan GT Antara Benua apabila berjaya mencatatkan sekurang-kurangnya kedudukan podium atau kemenangan dalam setiap perlumbaan yang disertainya sepanjang musim ini
Foto Kredit: Media Digital Johor
No Comment! Be the first one.